Wednesday, September 2, 2015


Alhamdullilah .... Ni petua yg saya amalkan sekiranya kena angin dalam badan menyebabkan susah nafas @ nafas pendek, badan lemah , kerap sendawa dan badan rasa x selesa ... 

1) ambik wuduk
2) sembahyang sunat taubat 2 rakaat dan sunat hajat mohon allah hilang kesakitan
3) baca al quran 

Memang mujarab .... Semasa baca al quran tu saya merasai kesakitan trus hilang maha suci allah ... Mujizat al quran 

Bila allah uji dengan kesakitan ... Allah mengugurkan dosa kita ... Betapa sayang allah pada kita ... Amalkan petua terbaik yg saya sangat syorkan...


Tuesday, September 1, 2015

Pengalaman saya mengalami panic attack

Posted by mohdfitri azmi On 12:11 AM 8 comments

Alhamdullilah... Kerana panic attack lah membuat saya lebih dekat dengan allah saya merasa diri ni dah berakhir ...tiba -tiba jadi sesak nafas , seram sejuk dan rasa panas kepala .. Adakah aku kena jantung ... Teringat mak , ayah dan isteri serta keluarga .. Terbayang dosa2 lalu kalau aku mati ketika tu mmg dalam keadaan jahil dengan allah ... Alhamdullilah allah memberi peluang untuk aku mencari keampunan allah ... Syukur pada allah ... Setiap berlaku ada hikmahnya... Terima kasih allah ...masalah ni berpunca daripada amalan gaya hidup yg tidak sihat ... Sekarang terbuka minda utk hidup lebih sihat... Jaga pemakanan dan tingkat amalan serta senaman... Terima kasih allah ... Aku redha dengan ketentuan

Sunday, August 23, 2015

Testimoni

Posted by mohdfitri azmi On 7:49 AM No comments

Alhamdullilah testimoni masalah angin berkurangan ...

Saturday, August 15, 2015

gerd bukan gastrik !!!!

Posted by mohdfitri azmi On 8:22 AM 1 comment


MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.
 
Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. 
 
Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup. 

Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.

Sepintas Lalu Mengenai Gerd
Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus, ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.
 
 

Ramuan Tradisional Melayu

Posted by mohdfitri azmi On 5:29 AM No comments



Diperbuat daripada haiwan dhab yang diperolehi daripada padang pasir pergunungan Sinai, Mesir. Khasiat dhab terdapat dalam kitab-kitab lama seperti Hayatul Haiwanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab, Tajul Muluk dan Attibil Nabawi. Dhob mampu hidup sehingga 200 tahun. Daya tahan tinggi sehingga satu hari untuk mati selepas disembelih.



HUKUM MEMAKAN DAGING DHAB.

Maksud Hadis;

" Seorang lelaki bertanya kepada RASULULLAH S.A.W tentang memakan daging dhab, Lalu NABI menjawab, " Aku tidak memakannya dan tidak pula melarang memakannya,".
...



Harga Maajun Dhab Asli

1 - RM 15.00
2 - RM25.00
5 - RM50.00 

( Tambah Kos pos RM7 )

Khasiat :-

1) Menguatkan Urat Saraf Darah & Awek Muda 
2) Mencegah & Mengeluarkan Angin
3) Menambah Nafsu Makan & Melancarkan Pembuangan Air Besar & Kecil
4) Menghilangkan Gastrik & Sakit Sendi 
5) Menguatkan Tenaga Batin 
6) Menghilangkan Lelah/Penat
7) Mencegah Penyakit Keputihan Bagi Kaum Wanita
8) Memperbetulkan Peranakan Bagi Kaum Wanita


Bahan Yang Diadun :-

# Daging Dhab
# Ubi Jaga
# Tongkat Ali
# Rancang Besi
# Rancang Tembaga
# Akar Galak Tua
# Bawang Putih Tunggal
# Bawang Lemba
# Bunga Pakma

Aturan Makan:-

1 Biji Sehari Selepas Makan

019 4003163
(Agen Daerah Diperlukan)



Peringatan :-
Perempuan yang hamil dan kanak - kanak 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan memakan makjun ini

Sunday, December 21, 2014

Feedback customer tentang gel angin ni

Posted by mohdfitri azmi On 3:21 PM 8 comments
Alhamdulillah ..rini genap 2 tahun saya menggunakan gel angin ni terasa syukur sangat2 bila turut membantu insan lain ... menitis air mata kerana terharu merasakan manisnya nikmat allah dari sakit kepada punca rezeki sy sekeluarga.. kini baru paham perancangan allah adalah terbaik ..allah bg sakit sbb allah syg kita dan setiap ujian pasti ada kemenangan bg mereka yg reda dan taat kpd perintah allah ...

Friday, October 31, 2014

PUNCA SAKIT ULU HATI

Posted by mohdfitri azmi On 8:16 PM 4 comments
SAKIT ULU HATI Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari.


---------------------------------------------------------------- PUNCA SAKIT ULU HATI. Punca penyakit ulu hati adalah FAKTOR PEMAKANAN. ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN. Kita SEPATUTNYA mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid. Contoh makan beralkali adalah sayuran dan buahan. TETAPI Malangnya RAMAI yang mengambil 90% Makanan Berasid. Kerana makanan yang berasid menjadi makanan kegemaran penduduk seluruh dunia khasnya di malaysia. Contoh Pagi, makan nasi lemak / roti canai.. Tengahari, makan nasi berlauk/Nasi tomato.. Petang, makan goreng pisang/ bubur kacang.. Malam, makan satay/ayam tandoori dan macam2 lagi..


" Sel tubuh badan yang sihat adalah bersifat alkali, sel tubuh badan yang mati adalah bersifat asid"
- Dr, Arthur Guyton, Penulis " Textbook of Medical Physiology"
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube