Lima punca angin badan.


Angin badan adalah satu penyakit di mana kesannya sangat teruk. Ini kerana angin badan boleh menjadi penyebab kepada terjadinya sakit jantung, kanser dan barah. Cara angin badan memudaratkan kita adalah dengan merosakkan mental dan seterusnya kita sendiri yang akan rosakkan fizikal kita.
Contohnya anda rasa angin badan mula menyerang kepala anda dan seterusnya menyebabkan anda sakit kepala. Apabila anda sakit kepala, anda akan ambil panadol di mana panadol hanya akan hilangkan rasa sakit kepala untuk masa yang sekejap sahaja. Esoknya apabila angin badan muncul kembali, anda akan ambil panadol lagi.
Pengambilan panadol secara berterusan akan menyebabkan mental anda lemah di mana anda rasa kebergantungan kepada panadol. Selain itu, panadol juga akan menyebabkan hati dan buah pinggang anda rosak. Jadi, angin badan memang sangat berbahaya kerana ia mendorong kita untuk merosakkan badan kita sendiri.
Untuk halang angin badan daripada menyerang kita, kita perlu hapuskan punca angin badan. Untuk itu, saya senaraikan 5  punca angin badan di bawah.
Punca angin badan pertama : Perangai negatif.
Perangai negatif adalah punca utama kepada angin badan. Contoh perangai negatif adalah selalu berkata – kata perkara yang buruk, selalu melihat keburukan, tidak yakin kepada diri sendiri dan selalu melakukan perkara yang negatif seperti larikan diri. Positifkan diri anda, maka angin badan akan jauhi anda.
Punca angin badan kedua : Tidak mengawal nafsu.
Nafsu adalah tenaga kepada angin badan. Jika anda tidak mengawal nafsu dengan baik, angin badan akan menyerang seluruh badan anda. Contohnya nafsu makan. Jika anda tidak mengawal nafsu makan dengan baik, angin badan akan terus pengaruhi anda untuk makan dengan gaya tidak sihat. Kawal nafsu anda dengan sentiasa berpuasa dan kurangkan perbuatan jahat.
Punca angin badan ketiga : Hidup dalam tekanan.
Perasaan tertekan akan menyebabkan angin badan wujud di dalam badan. Apabila anda rasa tertekan, anda akan banyak berfikir. Berfikir tanpa di iringi tindakan akan wujudkan angin badan. Hapuskan rasa tertekan dengan mengamalkan sikit just do it. Lakukan apa sahaja untuk selesaikan rasa tertekan. Jika anda tertekan tidak ada duit, kerja keras untuk dapatkan duit kerana itu sahaja jalannya. Jangan tekankan diri anda untuk berfikir.
Punca angin badan keempat : Suka berlebih – lebih.
Sikap suka berlebih – lebih akan menyebabkan anda di hukum. Hukumannya adalah angin badan. Antara sikap suka berlebih – lebih adalah anda seksa diri anda untuk kurus, anda kerja keras semata – mata kerana untuk dapat wang lebih, salah guna kuasa dan anda suka merepek tanpa henti.
Amalkan sikap berserdahana dalam semua hal. InsyaAllah angin badan tidak akan ada dalam badan anda.
Punca angin badan kelima : Gangguan makhluk halus.
Hasutan makhluk halus seperti jin dan syaitan akan menyebabkan anda alami serangan angin badan. Serangan dari makhluk halus ini biasanya berterusan dan seterusnya menyebabkan anda rasa tertekan kerana di serang angin badan selama 24 jam sehari.
Cara untuk atasi punca ini adalah kuatkan semangat anda, berdoa, disiplinkan diri mengawal nafsu dan dapatkan bantuan dari ustaz yang pakar dengan makhluk halus untuk putuskan hubungan di antara anda dan makhluk halus.

Comments

  1. Tqvm for sharing this info

    ReplyDelete
  2. Serius....giler bagus info nih...A BIG TQ Brooo... -->Remy

    ReplyDelete
  3. yeake tak nie.. nk cri pnawar.. skit kalau angin nie..smpai muntah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memg ya..saya alami..5 tahun derita..jumpa ustaz sememagnya

      Delete
    2. sama aa dgn sy.. mula2 rasa bunga2 nak saket kpla.. pastu saket kpla smpai satu hari suntuk pun pernah. pastu muntah2. kalau ada petua, kongsikan laaa.. nonamaneh@yahoo.com

      Delete
  4. fuhh aku ada semua yg disebut ni.

    ReplyDelete
  5. saya dh hampir 3 tahun kena.. sabar dan teruskan berdoa..insyaAllah.. bleh saya tau..semua yg ada angin ni berdarah jenis apa? saya darah O

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa untuk buang angin badan.

Apa itu Medu Angin ?