Cara terbaik melawan angin badan.



Angin badan sentiasa akan berikan anda rasa rungsing yang amat. Kadangkala kita akan merasa hendak siat – siat sahaja anggota badan yang anda syak sebagai punca kepada angin badan.
Angin badan jika di biarkan akan menyebabkan anda terus rasa tertekan dan rasa tertekan ini akan menyebabkan anda rasa seolah – olah anda seperti mayat hidup. Untuk anda rasa hidup semula iaitu rasa segar dan sihat, anda perlu lawan angin badan ini.
Berikut adalah cara terbaik untuk melawan angin badan.
  • Lawan angin badan dengan mengosongkan pemikiran. Ketika angin badan menyerang, anda selalu berfikir yang bukan – bukan. Jika perkara itu benar sekalipun, ia biasanya akan tetap beri anda masalah. Jadi, cara terbaik untuk melawan angin badan adalah dengan tidak percaya kepada pemikiran anda. Kosongkan pemikiran anda dan hanya ingat Allah. Cara ini akan bantu anda untuk rasa tenang.
  • Jadi seorang yang rajin. Jangan bersikap bermalasan – malasan seperti suka menangguhkan sesuatu kerja. Semakin anda rajin, semakin kuat semangat anda untuk tidak terpengaruh dengan sakit angin badan.
  • Disiplinkan diri anda dengan hidup secara sihat. Kawal nafsu makan anda, kawal nafsu amarah anda dan sentiasa lakukan senaman. Anda perlu belajar mengendalikan diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sihat. Duduk berbaring sepanjang hari adalah perkara yang tidak sihat.
Kebanyakan cara yang saya beritahu di atas adalah perkara asas untuk anda lakukan jika anda ingin sihat. Walaupun ia mengambil masa untuk anda benar – benar sembuh, ianya lebih mujarab berbanding anda mengambil ubat di hospital kerana anda akan sembuh buat selama – lamanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa untuk buang angin badan.

Apa itu Medu Angin ?