Gaya hidup untuk buang angin.

Jika anda ada baca artikel – artikel yang saya tulis sebelum ini, anda pasti ada terbaca mengenai cara terbaik untuk buang angin badan adalah dengan mengubah gaya hidup negatif kepada gaya hidup positif. Di dalam artikel ini, saya akan beritahu anda cara terbaik untuk jalani hidup dengan gaya hidup yang positif.
Berikut adalah gaya hidup yang boleh bantu anda untuk buang angin badan.
  • Jadi seorang pembersih. Seorang yang pembersih pasti akan terhindar dari serangan kuman dan virus. Secara tidak langsung ia memberi anda kekuatan untuk buang angin badan kerana tubuh badan anda sihat.
  • Jangan lakukan perkara negatif. Berhenti melakukan perkara negatif yang jelas boleh membawa kemusnahan kepada diri anda. Antaranya adalah perbuatan merokok, makan berlebihan, melakukan onani dan sebagainya. Apabila anda berhenti melakukan perkara  yang boleh bawa mudarat kepada anda, angin badan akan kurang menyerang anda.
  • Jadi seorang yang aktif dan bukannya seorang pemalas. Selepas masak, terus bersihkan dapur.  Selepas mandi, pastikan bilik air berada pada keadaan tersusun. Sentiasa lakukan sesuatu sehingga habis dan jangan jadi seorang yang pemalas. Sikap suka menangguhkan kerja akan menyebabkan angin dalam badan menjadi lebih kuat.
  • Jadi seseorang yang ada wawasan dan matlamat. Jangan biarkan diri anda hidup tanpa ada tujuan dan matlamat. Hidup tanpa tujuan dan matlamat akan memastikan diri anda sentiasa di serang angin dalam badan.
  • Sentiasa lakukan kebaikan secara berterusan.Jika Allah beri anda peluang untuk berbuat baik, anda buatlah baik dengan niat mencari redha Allah.Contohnya Allah beri anda peluang menolong makcik tua mengangkat barang, maka anda lakukannya dnegna niat mencari redha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk buang angin badan.

Apa itu Medu Angin ?