Posts

Showing posts from July, 2013

Rancangan DR OZ bincang tentang angin

Image
Dari pada racangan itu saya buat kesimpulan tentang masalah angin ini berpunca  dari sumber makanan kita . Jadi mungkin gak la kita perlu ubah sumber pemakanan seharian. Katanya sumber-sumber ni la kalau tak tolerate dengan badan akan menghasilkan angin-angin yang tak diundang tu. Kalau ubah sumber makanan ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan Dari kesimpulan ni saya ringkaskan bahawa bagi mereka yang mengalami masalah ini mesti mengamal diet yg seimbang bagi mengelak masalah ini dari terus @ mengurang makan

Lima punca angin badan.

Image
Angin badan adalah satu penyakit di mana kesannya sangat teruk. Ini kerana angin badan boleh menjadi penyebab kepada terjadinya sakit jantung, kanser dan barah. Cara angin badan memudaratkan kita adalah dengan merosakkan mental dan seterusnya kita sendiri yang akan rosakkan fizikal kita. Contohnya anda rasa angin badan mula menyerang kepala anda dan seterusnya menyebabkan anda sakit kepala. Apabila anda sakit kepala, anda akan ambil panadol di mana panadol hanya akan hilangkan rasa sakit kepala untuk masa yang sekejap sahaja. Esoknya apabila angin badan muncul kembali, anda akan ambil panadol lagi. Pengambilan panadol secara berterusan akan menyebabkan mental anda lemah di mana anda rasa kebergantungan kepada panadol. Selain itu, panadol juga akan menyebabkan hati dan buah pinggang anda rosak. Jadi, angin badan memang sangat berbahaya kerana ia mendorong kita untuk merosakkan badan kita sendiri. Untuk halang angin badan daripada menyerang kita, kita perlu hapuskan punca ang

Cane nak redakan ketidakselesaan perut sebab banyak angin?

Image
Dua tiga hari ni perut rasa tak selesa sangat, sesak nafas pun ye jugak sebab tak dapat nak sendawa or buang angin. Tadi sempat baca kat satu web , ape punca banyak angin dalam perut ni. Macam kat bawah:- Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin. Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras. Merokok Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat . Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk. Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara. Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Heli

Maklumat Elakkan Angin dalam tubuh badan

Image
Angin dalam tubuh badan Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar. Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik. Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu

Nasihat doktor Homeopathy

Image
Pelbagai cara perubatan aku cuba termasuk lah kaedah perubatan homeopathy ....Bila mai sakit ni duit keluar macam air aje ... kena bayaran rm40.00 tapi saya nak kongsi kan apa yang Dr Azizul nasihat pada aku... masalah angin ni berpunca dari apa yang kita makan dan masalah penghadaman perut kita so Dr Nasihat aku 1) Kurang mkan ayam @ daging kalau boleh seminggu sekali aje boleh makan 2) Milo @ kopi kalau boleh berhenti dulu 3) Banyak minum air suam 4) Sayur yang berangin kena elakkan 5) Susu lembu kena elakkan TAPI susu kambing memang terbaik ..seeloknya jenama Hi-goat 6) kurang makanan berminyak & pedas Bila saya cuba kaedah pemakanan seperti diatas memang berkurang sakit angin dalam badan ku ...malah berat pun turun ...BESTKAN tp sampai bila ??? makan balik mmg terasa angin coming back... ubat PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY tak menyembuh penyakit ku tanpa izin ALLAH so aku ikhtiar cara lain pulak BEKAM

Angin oh angin

Image
Angin oh angin. Kenapa suka tinggal di dalam badan ku?. Tidak pasti punca angin di dalam badan ada. Kadang-kadang perasaan apabila terkena seperti nak mati sebab angin tersangkut-sangkut dan sukar nak keluar Orang yang biasa kena angin di dalam badan perlu menghindari untuk mengelakkan natijah buruk kepada tahap kesihatan seseorang itu. Angin ini boleh terjadi bagi golongan lelaki dan wanita. Tidak berkecuali mengikut tahap ‘kuat angin’ seseorang. Ada setengah orang mengesyorkan 'angin' ini boleh diubati dengan cara kampung. Ada juga makan ubat angin dan mengamalkan perubatan tradisional.Kita mungkin selalu dengar nasihat orang-orang tua kita supaya ketika tidur ada waktu malam badan tidak sejuk dan untuk mengelak angin memasuki di dalam badan melalui bahagian hujung kaki. Elakkan tabiat mandi malam kerana air yang sejuk akan menyebabkan saraf badan kejutan akan menyebabkan terjadi angin.Angin penyebab kebanyakan kesihatan seseorang terjejas tanpa mengira usia. Ada setenga

Cara Efektif Nak Buang Angin Dalam Badan

Image
Cara Efektif Nak Buang Angin Dalam Badan Di bawah ini adalah  petua yang dapat aku kutip tentang cara yang kemungkinan besar boleh  buang angin dalam badan . 1..  bekam..boleh hilang kan jugak..tapi sakit sikit kot 2.   makan ubat lah 3.   mak aku kate kunyah halia 4.   pergi mengurut 5.   ambil minyak hangat sapu tang pelipat bawah peha,bawah peha dan     belakang buku lali 6.   buat urutan kaki 7.   kalau dapat, hindarkan pengambilan daging merah, lembu, kambing. 8.   buat sementara kurangkan makan kekacang kecuali soya 9.   kurangkan minum teh susu, nescafe, horlick 10. banyakkan air masak, teh o’ nipis, kopi o’ nipis Boleh try yang ni dulu !!! x berkesan boleh call saya 019 4003163 untuk mengetahui rahsia Penawar sakit angin yang pernah aku alami...

Gel serbaguna ini membantuku bila kena serangan angin

Image
Produk yang murah tapi memang sangat berkesan bagi mengurang serangan angin dalam badan .Caranya amat mudah hanya sapu pada perut,dada,belakang & lubang punggung .MEMANG BEST sebab kentut besar rasa macam belon dicucuk jarum ... Selain angin,produk ini memang multi purpose antaranya terkena minyak panas ,melecur ,sakit lutut ,asma dan byk lagi lahh... GEL SERBAGUNA INI TERBAIK Kebanyakan Wanita dan Lelaki dewasa ini mengalami masalah obesiti dan kegemukan. Untuk mengatasi masalah ini dan memberi lebih pilihan kepada pengguna, kami bawakan satu lagi produk iaitu Elissda Massage Gel. Ia bukan sahaja mampu membantu membakar lemak tetapi mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti melegakan sakit perut, senggugut, kulit melecur dan sebagainya. Gel Elissda membantu menyingkirkan dan membakar lemak yang berlebihan di perut serta di bahagian tubuh badan yang mempunyai lemak berlebihan. Membantu menghalang pembentukan lemak serta mengeluarkan angin dalam badan dan mencair

Kisah ku ... mengalami angin dalam badan

Image
Pada 28 Dec 2012 aku mengalami sesak nafas ketika itu aku di KLIA bersama adik dan rakan ku .Masa itu agak panik juga sebab dah pukul 2:00pagi mana nak cari klinik ?? Tapi dengan kuasa allah aku terjumpa hospital sime darby subang jaya dan dimasukkan di ICU dan 1st time dibawa menggunakan kerusi roda ... waktu tu cuma ingat Allah sahaja tapi Allah masih memberi peluang pada ku untuk terus hidup.Tekanan darah waktu tu meningkat sehingga 190 dan di X -ray serta jantung aku diperiksa alhamdullilah Dr singh tu cakap cuma angin sahaja .Jantung ok & darah pun dah normal Sejak detik itu aku mengalami ketidakselesaan dan rasa nak mati aja sebab nak bernafas pun susah... berat badanku turun sehingga 5 kg sebab tak lalu makan  pelbagai ubat ,jumpa bomoh,berurut ,bekam tapi kesan nya masih sama tak sembuh jugak akhirnya aku pun pergi ke specialist hospital di Bagan Ajam penang untuk menjalani Scoop dan scan takut ada ketumbuhan @ batu di hempedu ... alhamdullilah tiada apa yang

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan

Image
Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan? Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal sela lunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar. Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? 1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika