Posts

Showing posts from November, 2013

Cara terbaik melawan angin badan.

Image
Angin badan sentiasa akan berikan anda rasa rungsing yang amat. Kadangkala kita akan merasa hendak siat – siat sahaja anggota badan yang anda syak sebagai punca kepada angin badan. Angin badan jika di biarkan akan menyebabkan anda terus rasa tertekan dan rasa tertekan ini akan menyebabkan anda rasa seolah – olah anda seperti mayat hidup. Untuk anda rasa hidup semula iaitu rasa segar dan sihat, anda perlu lawan angin badan ini. Berikut adalah cara terbaik untuk melawan angin badan. Lawan angin badan dengan mengosongkan pemikiran. Ketika angin badan menyerang, anda selalu berfikir yang bukan – bukan. Jika perkara itu benar sekalipun, ia biasanya akan tetap beri anda masalah. Jadi, cara terbaik untuk melawan angin badan adalah dengan tidak percaya kepada pemikiran anda. Kosongkan pemikiran anda dan hanya ingat Allah. Cara ini akan bantu anda untuk rasa tenang. Jadi seorang yang rajin. Jangan bersikap bermalasan – malasan seperti suka menangguhkan sesuatu kerja. Semakin anda

Angin badan dan darah tinggi.

Image
Angin badan adalah antara punca yang menyebabkan anda alami masalah darah tinggi. Secara saintifiknya angin badan terjadi apabila urat – urat darah dan urat saraf tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Ianya boleh jadi urat darah yang berlipat – lipat sehingga tertutup atau  urat darah yang tertutup di sebabkan lemak berlebihan pada kulit atau urat saraf yang rosak di mana ia tidak menghantar maklumat yang sepatutnya kepada tubuh badan dan menyebabkan anda selalu alami mood swing. Angin badan jika di  biarkan boleh menyebabkan diri anda alami masalah darah tinggi. Walaupun tidak pernah di buktikan secara praktikalnya, secara teorinya angin badan memang boleh beri anda masalah darah tinggi. Angin badan yang terlalu banyak akan menyebabkan anda rasa tertekan. Apabila anda rasa tertekan, masalah akan jadi lebih teruk. Contohnya angin badan yang menyerang seseorang yang mengalami masalah obesiti akan menyebabkan dia makan lebih banyak di sebabkan rasa tertekan. Akibatnya mas

Cara berfikir untuk buang angin badan.

Image
Cara anda berfikir boleh mempengaruhi anda untuk terus di serang angin dalam badan. Oleh itu, anda perlu kawal cara anda berfikir, barulah and boleh buang angin badan dengan mudah. Jika anda berfikir dengan negatif, angin badan akan memastikan dirinya terus berkuasa terhadap badan anda. Contohnya anda ingin jadi kaya dan anda tahu untuk jadi kaya anda perlu berusaha siang dan malam. Apabila anda berfikir negatif iaitu anda tidak mampu untuk jadi kaya, angin badan akan berterusan mendesak anda  untuk jadi kaya supaya anda terus berada dalam tekanan. Apabila anda rajinkan diri untuk berusaha menjadi kaya, angin badan akan mendesak anda untuk berhenti berusaha pula kononnya usaha anda tidak akan berjaya. Inilah cara angin badan menyusahkan anda dengan memperalatkan cara anda berfikir. Untuk buang angin badan, anda perlu luruskan pemikiran anda. Contohnya jika anda benar beriman pada Allah, maka lakulah kebaikan dan sentiasa berniat mencari redha Allah. Anda perlu luruskan pem

Doa untuk buang angin badan.

Image
Untuk buang angin badan, anda perlu selarikan doa, usaha dan tawakal. Tanpa doa, usaha dan tawakal yang di lakukan serentak, angin badan sukar untuk di buang. Ini kerana angin badan melibatkan fizikal, mental, jiwa dan kekuatan rohani anda. Untuk buang angin badan, anda perlu libatkan Allah dan cara terbaik untuk libatkan Allah adalah dengan berdoa dan tawakal. Setiap kali anda terkena serangan angin badan, anda terus doa ya Allah, lindungilah aku dari kejahatan angin badan , syaitan, jin dan iblis. Ketika anda berusaha untuk buang angin badan dengan melakukan senaman, selalulah berdoa ‘ ya Allah, buanglah angin badan dari badan aku dan berikanlah aku kesihatan yang baik. Seterusnya ketika anda rasa lega dari angin badan,berdoalah pada Allah. Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku kesihatan yang baik. Antara perkara yang boleh bantu anda untuk buang angin badan adalah makan dan mandi. Oleh itu, ketika anda makan anda doalah pada Allah supaya berikan anda kesihatan yang

Gaya hidup untuk buang angin.

Image
Jika anda ada baca artikel – artikel yang saya tulis sebelum ini, anda pasti ada terbaca mengenai cara terbaik untuk buang angin badan adalah dengan mengubah gaya hidup negatif kepada gaya hidup positif. Di dalam artikel ini, saya akan beritahu anda cara terbaik untuk jalani hidup dengan gaya hidup yang positif. Berikut adalah gaya hidup yang boleh bantu anda untuk buang angin badan. Jadi seorang pembersih. Seorang yang pembersih pasti akan terhindar dari serangan kuman dan virus. Secara tidak langsung ia memberi anda kekuatan untuk buang angin badan kerana tubuh badan anda sihat. Jangan lakukan perkara negatif. Berhenti melakukan perkara negatif yang jelas boleh membawa kemusnahan kepada diri anda. Antaranya adalah perbuatan merokok, makan berlebihan, melakukan onani dan sebagainya. Apabila anda berhenti melakukan perkara  yang boleh bawa mudarat kepada anda, angin badan akan kurang menyerang anda. Jadi seorang yang aktif dan bukannya seorang pemalas. Selepas masak, terus ber

Minuman untuk buang angin badan.

Image
Selain makanan, anda juga boleh buang angin badan dengan mengawal minuman yang anda minum. Pada zaman sekarang anda pasti biasa minum air bekarbonat, air kotak, air kordial, air buah atau air kopi. Kepelbagaian jenis air ini pasti menyukarkan anda untuk mengawal minuman anda kerana hati anda sentiasa teringin untuk merasai air – air selain air suam. Untuk bantu anda buang angin badan, berikut saya senaraikan tip mengawal minuman untuk anda ikut Jangan minum air kopi pada setiap hari. Ramai orang rasa ketagih terhadap air kopi dan ia sebenarnya membuatkan sakit angin badan anda bertambah teruk terutama apabila anda tidak dapat bekalan air kopi. Jangan amalkan minum minuman sejuk terlalu kerap kerana minuman sejuk akan lemahkan jiwa anda secara perlahan – lahan. Anda lebih mudah untuk terima sakit angin badan jika diri anda sudah sebati dengan air sejuk. Pastikan anda minum air suam setiap satu jam setengah atau dua jam sekali supaya badan anda sentiasa penuh dengan air. Set

Rahsia Rasulullah Kawal Emosi

Image
Nabi Muhammad s.a.w.  menyuruh kita melakukan pergerakan fizikal bagi  mengawal emosi marah  adalah bertujuan melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak... “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.” Itulah hikmah ketika marah berdiri perlu duduk, ketika duduk perlu berbaring. Dan air wudhu' pula mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya... Emosi marah juga terhapus dengan istighfar yang berterusan... :)

Tip mengawal emosi ketika di serang angin badan.

Image
Bagi anda yang sudah biasa di serang angin badan, anda pasti sedar bahawa angin badan bukan hanya melemahkan fizikal anda, ianya juga akan melemahkan mental anda. Angin badan akan melemahkan semangat anda dan juga emosi anda sehingga anda rasa sangat sensitif, mudah marah, cepat mengalah dan cepat ragu – ragu. Untuk kembali bangkit melawan sakit angin badan, anda perlu mengawal emosi anda. Berikut adalah senarai tip yang anda boleh cuba untuk mengawal emosi ketika di serang angin badan Jangan ikut hati. Tahan rasa negatif anda dengan melawan kehendak hati. Apabila hati anda di kuasai oleh emosi angin badan, anda pasti akan berfikir perkara yang salah. Oleh itu, anda jangan terpengaruh. Jika anda rasa hendak marah, anda tahan. Tahan marah anda dengan mengalihkan rasa marah anda kepada perbuatan lain. Contohnya lakukan tekan tubi atau mengenggam tangan atau menarik nafas dalam – dalam. Pada awalnya anda pasti rasa susah dan rasa bergantung. Namun, lama kelamaan anda akan mahi

Banyak berzikir pada Allah ... isyaallah akan mengurangkan serangan angin dalam badan

Image
"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari."  ~Surah 76;Al Insan ayat 25 dan 26~ Salah satu punca angin dalam badan ialah STRESS Dengan berzikir kepada Allah akan memberi ketenangan dan menguatkan badan isyaallah menyembuh segala penyakit dengan izin allah yang maha esa

Penjagaan kesihatan rasulullah dari perspektif sains

Image
Buku berkaitan kesihatan Rasulullah Buku ni alhamdulillah SANGAT BERGUNA untuk semua.. Ada macam2 tips untuk merawat penyakit secara natural. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik :-) Buku RASULULLAH IS MY DOCTOR tu Ros beli dekat MPH STORE gurney plaza, penang harga rm25. Sebelum ni duk cari kat popular,asyik habis je :-( Yang satu lg, RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT adalah pemberian dari seseorg rakan fb yang amat menjadi kekuatan untuk Ros lebih berani untk menghadapi cabaran hidup :-)