Posts

Showing posts from March, 2014

3 Petua membuang angin

Image
Angin yang banyak dalam badan, terutamanya di usus besar, pun boleh menyebab
kan sakit belakang. Mungkin sakit belakang ini tidak sama dengan sakit
belakang disebabkan oleh saraf yang tertekan atau terhimpit di antara
tulang-tulang vertebra. Sakit belakang yang disebabkan angin dalam usus
akan hilang apabila angin tersebut dikeluarkan.

Di antara petua yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan angin berlebihan
dalam usus ini ialah:

1. Banyak minum air supaya ruang tersebut diganti oleh air bukannya angin.

2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di
 paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang
 rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri,
 turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa
 semua angin keluar.

3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak terdapat dalam
pasaran bagi mengeluarkan angin dengan cara kentut dan sendawa besar.