Dada Rasa Terbakar

Gerd berpunca daripada otot antara esofagus dan perut menjadi lemah serta tidak menguncup sepenuhnya.

Angin dalam badan @ gastrik

 
Sakit pada bahagian dada tengah dada bukan saja disebabkan oleh serangan jantung  .Ia juga boleh disebabkan keadaan dipanggil "REFLUKS" Refluks Gastro Esophageal atau Gastroesophageal Refluks Disease (GERD ) ialah keadaan dimana jus perut bergerak bertentangan arah dan naik semula ke esophagus.

Dalam keadaan biasa ,otot dibahagian persimpangan antara esophagus dan perut mengawal refluks daripada terjadi.Oleh itu jus perut kandungan dalam perut hanya berada di dalam rongga perut serta bergerak ke bawah memasuki usus kecil seterusnya ke usus besar untuk dicerna.

Simptom utama bagi pesakit yang mengalami GERD ialah panas @ rasa terbakar pada bahagian tengah dada.



Selain itu ,muntah sedikit makanan yang belum dihadam secara tidak sengaja.Ada juga akan merasa masam pada mulut ,loya ,sakit perut ,batuk berpanjangan dan sakit kerongkong .Ini semua disebabkan jus perut naik semula ke esofogus dan ke mulut pesakit.

keadaan refluks boleh disebabkan pelbagai faktor.Gejala ini menyebabkan injap otot pada simpang antara esofigus dan perut menjadi lemah dan tidak menguncup sepenuhnya.

Antaranya ialah Hiatus hernia, zonlinger - Ellison Syndrome dan Glenard Syndrome.

OBESITI adalah faktor mengakibatkan GERD berlaku. Selain itu pesakit yang mengambil ubat seperti prednisolone  berpontensi mendapat refluks ini.

Untuk mengesan penyakit ini,ia lebih  kepada simptom diberi pesakit Ujian Darah,Pemeriksaan ECG (Elektrocardiogram ) dan sinaran  X-ray dilakukan hanya untuk memastikan sakit dada dialami pesakit bukan disebabkan oleh keadaan lain seperti serangan jantung.

Ujian endoskopi iaitu kamera kecil dimasukkan ke dalam mulut juga boleh dijalankan.Namun untuk kes GERD tidak semua pesakit perlu menjalani prosedur ini.

Rawatan untuk pesakit yang mengalami refluks membabitkan kombinasi ubat dan pengubahsuaian gaya hidup. Bagi pesakit yang mengalami OBESITI ,Rawatan terbaik adalah menurun berat badan .
 
Ini bagi memastikan ubat untuk mengurangkan jus perut dalam membantu mengurangkan masalah refluks.


Makanan dan minuman seperti minuman keras ,jus berasid dan minuman soda hendaklah dihentikan pengambilannya. pengambilan makanan pedas,rempah dan berlemak  juga perlu dikurangkan .

Pesakit hendaklah berhenti merokok merupakan salah satu punca .Jika simptom pesakit Gagal dikawal  dengan Pengambilan Ubat dan ubah gaya hidup pembedahan terpaksa dilakukan.

GERD perlu dielakkan daripada berlaku di dalam jangka waktu yang lama bagi mengelak KOMPLIKASI jangka panjang  ia boleh mengakibatkan lapisan mukosa pada esophagus cedera jika jus perut yang memasuki esofagus.ia boleh mengakibatkan ulser pada kawasan berkenaan yang paling ditakuti adalah jikalau radang berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan KANSER USUS


JANGAN BIARKAN IA BERLARUTAN UBAH
GAYA HIDUP ANDA




 
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa untuk buang angin badan.

Apa itu Medu Angin ?